There was an error in this gadget

Tuesday, April 6, 2010

Pembinaan Bermula


Bermula ari ni, pembinaan kedai sewa Wak Aji Corner telah dimulakan. Maskuri & the gang yang aku import khas dari tanah Jawa, telah memulakan kerja-kerja membuat beam dan lantai. Semalam abah dan maskuri dah beli barang-barang, so hari ni depa mula start keje. Keseluruhan ada 4 orang pekerja, harap-harapnya beam dapat disiapkan dalam 2,3 hari ni. Secara kasar, luas kedai 18' x 20', awning 18' x 10' dan ada lagi buffer zone kat depan utk loading / unloading barang dalam 18' x 15'. Walaupun belum nampak tiang lagi, tapi keempat-empat lot nampaknya hampir abis ditempah. Balik ofis ni nampaknya kena balik dulu ke kampung, nak bagi abah borang sewaan kedai. Kedai ini dijangka siap sebelum 15 Mei 2010, so sesape yang berminat untuk menyewa boleh dapatkan borang melalui email taufieq@gmail.com. Sewa sebulan memang tak mahal, RM600.00 tunai ja

No comments:

Post a Comment