Alhamdulillah, setelah lebih kurang 2 bulan menanti, akhirnya, deretan kedai sewa WAK AJI CORNER telah siap dibina. Hmmm walaupun penat juga tunggu kontraktor siapkan kerja-kerja mereka, penantian ini juga berbaloi. Berbaloi sebab kualiti pembinaan yang begitu memuaskan dan ruang yang cukup luas dibandingkan dengan kadar sewa yang saya tawarkan. Takpe, kayuh pelan-pelan tanak sewakan dengan harga yang mahal. Kadar sewa akan direvised 2 tahun sekali. Setakat ini semua kedai telah habis ditempah
Berikut adalah direktori penyewa :
WAC 1 : Kedai Runcit
WAC 2 : Cybercafe
WAC 3 : Kedai barangan keperluan haji dan muslim
WAC 4 : Kedai peralatan memancing
Monday, June 28, 2010
Tuesday, May 11, 2010
Saturday, May 1, 2010
Dari dinding ke bumbung
Thursday, April 22, 2010
Dari tiang ke dinding
Friday, April 16, 2010
Saturday, April 10, 2010
Pembinaan tapak asas
Pembinaan tapak telah bermula. Semua lubang untuk dirikan tiang dah diisi dengan simen. Beam pun telah mula dibuat. Papan-papan utk beam, maskuri recycle je. Setiap ruang kedai memang dibuatkan beam bagi pastikan dinding-dinding yang dibina kukuh. Buat beam untuk setiap ruang memang leceh, tp aku tak kompromi dengan aspek keselamatan dan kualiti pembinaan. Bukan ape, aku nak pastikan penyewa rasa selamat dan puas hati
Thursday, April 8, 2010
BORANG Sewa Kedai
Kepada yang berminat untuk menyewa ruang kedai ini, anda boleh download borang permohonan di http://www.scribd.com/doc/29640047/Borang-Kedai-Sewa. Sila pastikan anda klik pada format .doc dan bukan format .pdf atau .txt bagi memudahkan anda mengisi borang menggunakan komputer. Borang yang telah siap, bolehlah email kepada saya di alamat taufieq@gmail.com.
BORANG : http://www.scribd.com/doc/29640047/Borang-Kedai-Sewa
BORANG : http://www.scribd.com/doc/29640047/Borang-Kedai-Sewa
Wednesday, April 7, 2010
Iklan.................
Tuesday, April 6, 2010
Pembinaan Bermula
Bermula ari ni, pembinaan kedai sewa Wak Aji Corner telah dimulakan. Maskuri & the gang yang aku import khas dari tanah Jawa, telah memulakan kerja-kerja membuat beam dan lantai. Semalam abah dan maskuri dah beli barang-barang, so hari ni depa mula start keje. Keseluruhan ada 4 orang pekerja, harap-harapnya beam dapat disiapkan dalam 2,3 hari ni. Secara kasar, luas kedai 18' x 20', awning 18' x 10' dan ada lagi buffer zone kat depan utk loading / unloading barang dalam 18' x 15'. Walaupun belum nampak tiang lagi, tapi keempat-empat lot nampaknya hampir abis ditempah. Balik ofis ni nampaknya kena balik dulu ke kampung, nak bagi abah borang sewaan kedai. Kedai ini dijangka siap sebelum 15 Mei 2010, so sesape yang berminat untuk menyewa boleh dapatkan borang melalui email taufieq@gmail.com. Sewa sebulan memang tak mahal, RM600.00 tunai ja
Subscribe to:
Posts (Atom)