Pembinaan semakin rancak. Rangka dan kekuda bumbung telah siap. Insyaallah, pertengahan bulan mei boleh siap, tapi bergantung kepada keadaan dan cuaca.
Alhamdulillah, setakat ni progress pembinaan berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan. Semua pekerja aku pun nampaknya berdedikasi melaksanakan tugas masing-masing. Memang tinggi kedai sewa aku ni, lebih tinggi dari mana-mana kedai area ni. So tak rugilah sesape yang jadi penyewa.
Keta aku kena langgar dengan rider cubprix masa bertugas di hulu selangor. Rider tu admit kat hospital selayang tp aku ok. Yang tak ok cuma hati huhu
Pembinaan tapak telah bermula. Semua lubang untuk dirikan tiang dah diisi dengan simen. Beam pun telah mula dibuat. Papan-papan utk beam, maskuri recycle je. Setiap ruang kedai memang dibuatkan beam bagi pastikan dinding-dinding yang dibina kukuh. Buat beam untuk setiap ruang memang leceh, tp aku tak kompromi dengan aspek keselamatan dan kualiti pembinaan. Bukan ape, aku nak pastikan penyewa rasa selamat dan puas hati
Kepada yang berminat untuk menyewa ruang kedai ini, anda boleh download borang permohonan di http://www.scribd.com/doc/29640047/Borang-Kedai-Sewa. Sila pastikan anda klik pada format .doc dan bukan format .pdf atau .txt bagi memudahkan anda mengisi borang menggunakan komputer. Borang yang telah siap, bolehlah email kepada saya di alamat taufieq@gmail.com.